Isnin, 16 Februari 2009

PERKUKUHKAN PERPADUAN SUA USIA


BEAUFORT : Umat Islam perlu memperkukuhkan perpaduan mereka agar tidak menjadi mangsa pihak yang mahu mengambil kesempatan atas kelemahan mereka.

Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) berkata, perpaduan dan kekuatan masyarakat Islam kini sedang diuji menyebabkan mereka berada pada keadaan yang sedikit goyah.

Katanya pihak yang hanya memikirkan kepentingan peribadi itu sedang berusaha mewujudkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam.

“Mereka sedang mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap perpecahan ini.

“Pada mereka, ini adalah satu-satunya kesempatan untuk memperkukuhkan kedudukan mereka,” katanya.

Abdullah berkata demikian pada majlis taklimat bersama ahli-ahli (USIA) bahagian Beaufort di masjid daerah Beaufort dekat sini pagi kemarin

Ketua (USIA) Bahagainan Beaufort Haji Bakri Kambar, Penolong Setiausaha Agung (USIA) Haji Uda Sulai dan Timbalan Ketua (USIA ) bahagian Beaufort Suhaili AbdulRahman turut hadir.

Abdullah berkata masyarakat Islam tidak harus membiarkan diri mereka dipergunakan pihak tertentu ini yang nyata mempunyai agenda peribadi

Sehubungan dengan itu Abdullah berharap (USIA) di seluruh bahagian di negeri ini, akan menjadi flaffrom bagi masyarakat Islam bersatu padu dengan menjadikan pertubuhan ini sebagai wadah perjuangan bukan sahaja untuk menegakkan syiar islam namun menjadikan pertubuhan ini sebagai landasan penyatuan masyarakat Islam dalam pelbagai aspek bagi menghadapi cabaran masa kini dan akan datang.

“ Kita berharap bahagian-bahagian (USIA) akan mengambil langkah proaktif bagi mempergiatkan lagi kempen penambahan keahlian di seluruh bahagian di negeri ini, agar pertubuhan ini lebih mantap dan kukuh sesuai dengan perananannya sebagai pertubuhan Islam yang bukan sahaja mengutamakan dakwah sebagai asas perjuangannya namun ianya menjadi flatfrom bagi Umat Islam terus bersatu padu” tambah Abdullah.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH ANJURAN WANITA USIA





KOTA KINABALU: Umat Islam di negeri ini digesa tampil mengikuti kursus mempelajari cara mengurus jenazah dengan betul bagi melahirkan lebih ramai umat Islam yang mahir dalam bidang itu.
Ketua Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datin Seri Panglima Hajah Norsuadah Basah berkata, masyarakat hari ini sanggup menuntut pelbagai ilmu hingga ke luar negara tetapi masih takut dan sangsi untuk mempelajari cara-cara menguruskan jenazah yang diadakan di masjid berhampiran.
''Kefahaman tentang kewajipan orang yang hidup menyelesaikan masalah mereka yang telah meninggal dunia adalah sangat penting.
''Jika penduduk tidak ada ilmu mengenai pengurusan jenazah, ia tentu menimbulkan masalah jika berlaku kematian di kampung mereka," katanya pada majlis penutupan kursus itu di Bilik Mesyuarat ibu Pejabat USIA di sini, baru baru ini
Hadir sama di Majlis tersebut Timbalan Ketua Wanita (USIA) Datin Halijah Haji Nasip dan Setiausaha Wanita (USIA) Hajah Raini Ghani
Seramai 35 peserta mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Ustazah Elfi Hanum Serigar.
Norsuadah berkata, langkah menganjurkan kursus seperti itu dapat melahirkan lebih ramai umat Islam terutama golongan wanita yang berupaya menguruskan kematian seseorang individu dengan sempurna.
Justeru, katanya, pihaknya akan meluaskan program-program itu seluruh cawangan USIA di negeri ini agar kefahaman masyarakat Islam terhadap pengurusan jenazah dapat dipertingkatkan khususnya di kalangan generasi muda.
Beliau menambah, kemahiran itu juga adalah sebagai persediaan menunaikan tanggungjawab fardu kifayah apabila berlaku kematian di kawasan masing-masing.

USIA CEBURI TANAMAN GAHARU


KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan melibatkan diri dalam industri gaharu dan akan menguasai industri tersebut di negeri ini.

Yang Dipertuanya Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata, melalui kekuatan ahli disamping kawasan tanah yang masih kosong dimiliki oleh pertubuhan tersebut ianya boleh diusahakan sepenuhnya dalam industri berkaitan dimana ianya menjadi pemangkin kepada ahli dan pertubuhan tersebut sebagai penjana sumber ekonomi baru

“ Melalui usahasama dengan Agensi Nuklear Malaysia kita yakin industri ini akan dapat dilaksanakan sepenuhnya ini, kerana (AIM) memiliki_ kekuatan teknologi inokulasi yang bukan sahaja berwibawa tapi memiliki kepakaran yang tinggi dalam bidang ini” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangai perjanjian antara pertubuhan tersebut dengan Agensi Nuklear Malaysia (ANM) di Ibu Pejabat (USIA) jalan Sembulan malam kemarin

Hadir sama Ketua Pengarah (ANM) Datuk Dr.Daud Mohamad, Naib Yang Di Pertua (USIA) Datuk Haji Matussin Awang Damit,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Ketua Penerangan (USIA) Haji Salsidu Ibrahim.

Menurut Sakaran penanaman gaharu di negeri ini berpotensi untuk dimajukan dan ianya memberikan pulangan lumayan sekiranya diusahakan bersungguh-sungguh malah ianya akan memberikan manafaat dari segi pulangan ekonomi bukan sahaja kepada ahli pertubuhan namun ekonomi rakyat keseluruhannya dapat dijana dalam industri ini .

Sementara itu Ketua Pengarah (ANM) Dr. Daud Mohamad berkata, pihak telah menjalankan penyelidikan terhadap gaharu sejak tahun 2003 dan mendapati tanaman berkenaan boleh dijadikan instumen bantu kerajaan keluarkan rakyat dari himpitan kemiskinan.

Katanya, gaharu yang dikenali “agarwood” boleh dimajukan tanpoa meminggirkan aspek kelestarian sumber alam dan memelihara biodiversity dan ekosistem yang sediaada

Dr. Daud menambah kementerian Sains dan teknologi dan Inovasi memperuntukan sejuta ringgit untuk membiayai kos pembinaan sebuah loji pemprosesan minyak gaharu di Telupid sedikit masa lagi dimana ianya boleh diliaht sebagai galakan dan pemangkin kepada usaha memperhebat penanm,an gaharu di negeri ini.












KOTA KINABALU: Yang Dipertua Pertubuhan Islam seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai telah menerima kunjungan hormat perpisahan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Ustaz Abdul Aziz Che Yaakub di pejabat Yang Dipertua Bangunan Ibu Pejabat (USIA) Jalan Sembulan pagi kemarin.

Hadir sama sempena majlis itu Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin .Ber sempena kunjungan itu Sakaran turut berbincang mengenai hal ehwal agama Islam di Sabah khususnya aktiviti yang dilaksanakan JAKIM cawangan Sabah dan berharap jalinan kerjasama antara (JAKIM) dan (USIA) terjalin sebelum ini akan dapat diteruskan demi untuk memperkasakan gerakan dakwah secara beterusan khususnya di negeri ini

Ustaz Abdul Aziz yang baru setahun berkhidmat sebagai Pengarah JAKIM Cawangan negeri Sabah akan berkhidmat selaku Pegawai Agama Istana Negara di Kuala Lumpur. Teks dan Foto Oleh: Jaafar Abdul Wahid