Isnin, 16 Februari 2009

USIA CEBURI TANAMAN GAHARU


KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan melibatkan diri dalam industri gaharu dan akan menguasai industri tersebut di negeri ini.

Yang Dipertuanya Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata, melalui kekuatan ahli disamping kawasan tanah yang masih kosong dimiliki oleh pertubuhan tersebut ianya boleh diusahakan sepenuhnya dalam industri berkaitan dimana ianya menjadi pemangkin kepada ahli dan pertubuhan tersebut sebagai penjana sumber ekonomi baru

“ Melalui usahasama dengan Agensi Nuklear Malaysia kita yakin industri ini akan dapat dilaksanakan sepenuhnya ini, kerana (AIM) memiliki_ kekuatan teknologi inokulasi yang bukan sahaja berwibawa tapi memiliki kepakaran yang tinggi dalam bidang ini” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangai perjanjian antara pertubuhan tersebut dengan Agensi Nuklear Malaysia (ANM) di Ibu Pejabat (USIA) jalan Sembulan malam kemarin

Hadir sama Ketua Pengarah (ANM) Datuk Dr.Daud Mohamad, Naib Yang Di Pertua (USIA) Datuk Haji Matussin Awang Damit,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Ketua Penerangan (USIA) Haji Salsidu Ibrahim.

Menurut Sakaran penanaman gaharu di negeri ini berpotensi untuk dimajukan dan ianya memberikan pulangan lumayan sekiranya diusahakan bersungguh-sungguh malah ianya akan memberikan manafaat dari segi pulangan ekonomi bukan sahaja kepada ahli pertubuhan namun ekonomi rakyat keseluruhannya dapat dijana dalam industri ini .

Sementara itu Ketua Pengarah (ANM) Dr. Daud Mohamad berkata, pihak telah menjalankan penyelidikan terhadap gaharu sejak tahun 2003 dan mendapati tanaman berkenaan boleh dijadikan instumen bantu kerajaan keluarkan rakyat dari himpitan kemiskinan.

Katanya, gaharu yang dikenali “agarwood” boleh dimajukan tanpoa meminggirkan aspek kelestarian sumber alam dan memelihara biodiversity dan ekosistem yang sediaada

Dr. Daud menambah kementerian Sains dan teknologi dan Inovasi memperuntukan sejuta ringgit untuk membiayai kos pembinaan sebuah loji pemprosesan minyak gaharu di Telupid sedikit masa lagi dimana ianya boleh diliaht sebagai galakan dan pemangkin kepada usaha memperhebat penanm,an gaharu di negeri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan